Airmata Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul.













Aishah

Datuk Ustazah Siti Nor Baiyah

Rabbani





Jamal Abdillah





Jamal Abdillah, Joe Flizzow



Sepatah dua kata dari Naib Presiden, Jualan dan pelanggan TM Pn Hamidah Mahmud





Yassin & Joe Flizzow

Zul, vokalis utama baru Rabbani


Republishing photos is permitted but must be credited to www. melodica.com.my

Sebak,terharu & berkesan. Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul tahun ni ternyata berjaya menyatukan bukan sahaja hati dan sensitiviti para artis yang membuat persembahan tetapi penonton. Antara yang membuat persembahan pada malam itu adalah Rabbani, Datuk Sharifah Aini, Yassin dan Joe Flizzow, Jamal Abdillah, dah Aishah

Mungkin,audiens tersentuh dengan isu-isu yang dialami oleh ummat islam dinegara kita sejak akhir-akhir ini, boleh dikatakan kandungan persembahan seakan meyatukan emosi khalayak yang hadir di Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul anjuran kali ketiga, kali ni di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu yang dikelolakan oleh Rabbani production dan TM selaku penaja utama.

Perasaan sebak rakan artis yang mengadakan persembahan pada malam itu mungkin kerana merasai cabaran yang dihadapi oleh ummah islam atau mungkin juga merindukan arwah Ustaz Asri yang merupakan orang kuat yang sebelum ini bertungkus lumus menjayakan perjalanan konsert islamik seperti ini ditahun-tahun sudah. Disaat doa penutup dibacakan, suasana sepi dengan bayu laut meniup dingin sehinggakan Tok Pah, Datuk Sharifah Aini dilihat gagal mengekang airmata.Tambahan lagi dengan sayu suara ustaz disaat beliau memohon doa agar muncul pemimpin islam dari generasi muda yang berkaliber dan mampu memimpin dan menyatukan umat islam, pastinya kesemua penonton berkongsi harapan yang sama.

Kesukaran lokasi yang agak terpencil tidak melumpuhkan semangat 5 ribu penonton dari anak kecil, warga pelajar dan dewasa yang hadir memberi sokongan untuk sama-sama menghayati dan menyatakan kasih sayang,kerinduan dan hormat terhadap Junjungan besar Rasullah.

Dari kanak-kanak sehingga ke warga emas, menghayati kisah dan perjuangan Rasullah yang diinterpretasikan dengan penuh emosi oleh Datuk Ustazah Siti Nor Baiyah. Secara peribadi,untuk generasi muda,acara-acara diluar kelas seperti ini harus diteruskan bahkan dibuat dan dipromosi secara besar-besaran pada masa akan datang, agar generasi baru berpeluang mengenali dan menghayati kisah dan pengorbanan Rasullah seterusnya menghargai pengorbanan dan membenihkan perasaan hormat dan kasih sayang mereka terhadap Rasullah , seorang tokoh yang asing pada diri mereka berbeza dengan artis artis yang menghiasi kaca tv,majalah dan radio.Mungkin,siapa tahu dengan acara-acara yang tidak seberapa ini mampu menjadikan mereka seorang muslim yang lebih baik.

Jangan lepaskan peluang untuk meyaksikan rakaman Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul di TV3 pada 26 Feb nanti.


photo:melodica
text:melodica

Comments