Knock Knockin with Dazmelon!



Piranaz
equillany
ayat
ainol


Piranaz, equillany, ayat n ainol. 4 kepala gile2 yang memberi nafas pada kumpulan yang dikenali sbg Dazmelon.Bukan band yang baru, dieorg dah pun bertapak diruang musik indie tempatan sejak tahun 2006. Waktu tu XFM masih dikenali sebagai Xfresh dan Xfresh waktu tu bukan mcm Xfresh skrg. Waktu tu, orang tk pandang indie cam skrg.kalo nak tahu way before lagu 'pagi yang gelap' oleh hujan meletup, Lagu 'Terbang' mereka diputar almost everyday kt radio tu, malangnya, malang selalu menghantui band ini dengan pelbagai masalah. Dari bertukar ganti line up sehinggalah financial.

pian(kemudiannya keluar) dan ayat merupakan line up asal, diikuti piranaz, kemudian, jim,azli,chris daniel. Suara nyaring azli merupakan kelebihan Dazmelon, namun kekuatan musik mereka yang loud tapi still bernuansa kan pop rock catchy yang mampu menarik minat pendengar dengan hanya sekali dengar. Terutama single 'terbang'. Selain 'terbang' Dazmelon mempunyai barisan lagu yang kuat seperti 'kekasihku curang','palsu',dan juga 'tanda soal'. Namun mungkin nasib tidak menyebelahi mereka tatkala band-band tempatan lain menerjak carta radio mainstream dan mula mendapat tumpuan dari media, mereka masih terkial-kial mencari tapak dan menukar ganti line up. Antaranya ainol(deja voodoo spells) mengisi ruang chris selaku drummer dan terbaharu, equilany menggantikan ruang azli selaku vokalis Dazmelon.

Mungkin semua yang berlaku ada hikmah tersendiri, walaupun berkali-kali niat untuk berhenti saja dari berkarya dan musik, masing-masing saling memberi sokongan, mungkin memikirkan pengorbanan2 yang telah dilakukan untuk menginjak nama Dazmelon dipentas seni. Kredit harus diberikan kepada manager mereka yang setia, yan yang bertungkus lumus untuk membela nasib Dazmelon agar terus maju.

Masa depan pada mereka kini ditangan, lebih yakin kini bersama vokalis baru, equillany yang mampu mewarnai persembahan pentas mereka dengan aksi-aksi dramatik penuh stail menyuntik semangat baru pada Dazmelon. Apatah lagi bakat piranaz dan ainol menulis dan mencipta lagu sememangnya memberi nadi pada Dazmelon untuk terus mara.

EP mereka kini diperingkat akhir produksi, menunggu masa untuk dirilis, mungkin di KL dan jika ada rezeki dan ruang di ibukota Jakarta. "mungkin nasib lebih baik dijakarta, mana tahu orang sana mahu dengar lagu-lagu kami" kata mereka penuh semangat. Seakan merajuk, namun bila penulis cuba mengorek cerita, ternyata putus asa tidak ada dalam kamus mereka. Cuma, selaku band yang sudah agak lama di medan indie, mereka sudah masak dengan pelbagai ragam dan sudah lali dengan setiap asam garam yang berlaku dan menerimanya dengan lapang dada.

Siapa tahu, berkat usaha keras, mereka mampu berdiri setanding dengan band-band lain.Kerana pastinya ramai lagi band-band lain yang senasib dengan mereka, tanpa usaha keras, fame and success dont come as easy as 1 2 3. Jika jatuh, bangkit dan teruskan berlari.Mampukah Dazmelon bangkit dengan wajah dan suara baru? Itu satu soalan untuk korang nilaikan dengan mendengar lagu-lagu mereka dan menilai aksi mereka dipentas. Apa apa pun sama2 kita lihat nanti.



more info?
http://www.myspace.com/dazmelon

photos: melodica
text: melodica/dazmelon
lokasi: Eugene/ Pertama music Studio

Comments