Ketika Cinta Bertasbih

Berkas:PosterFilmKCB.jpg
Movie ni sebenarnya dah lama meletup kat Indonesia. Circa 2009. Cuma baru baru ni dah mula ditayangkan di saluran Pelangi Astro & TV Al Hijrah.

Diolah dari novel berjudul yang sama karya Habiburahman El Shirazy dan dihidupkan ke layar perak dengan sempurna oleh Chaerul Umam. Cerita berkisarkan perjalanan cinta pemuda kelahiran Kartosura bernama Abdullah Khaerul Azzam dan Anna. Apa yang aku kagum gila, semua subplot dijalin sempurna tanpa cacat cela dan semua karekter mempunyai kekuatan masing-masing yang akan membuatkan anda jatuh cinta dengan setiap sorang dari mereka.

Kekuatan movie ini paling utama adalah CERITANYA, didukung oleh karekter2nya yang dilakonkan oleh pelakon2 yang Fulamak TERER! setiap dialog ditutur sempurna sarat dengan penjiwaan watak yang betul2 serasi dengan setiap emosi yang dibawa.

Serious, kamu akan terpaku ditelevision dari mula scene sampailah habis.Apa yang aku kagum cara sisipan nasihat dan ajaran dakwah dicicip halus dan berseni tanpa terlalu memaksa atau jauh sekali bebelan.

Aku jatuh cinta terus dengan watak anna dan khaerul azzam. pemuda pemudi pekerti tinggi, tak boleh kubayangkan kalau akhir cerita tidak berakhir seperti yang diharapkan,mungkin ikut sama frust kot? koz mereka amat sepadan.

"wanita-wanita yang keji diperuntukan untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukan bagi lelaki yang baik, dan lelaki baik diperuntukkan bagi wanita yang baik pula" (An Nur:26)

Cerita ini penuh nasihat berguna untuk pemuda dan beliawanis, bagaimana cara menjaga adab dan akhlak ia juga membahas secara ringan, firman Allah dalam Surah An Nur ayat 26. Ada banyak scene yang secara ringan memberi nasihat dan panduan.Antaranya sutradaranya berpesan pada belia supaya rajin bekerja dan tidak membuang masa menganggur. Menerusi watak Bu Nafis yang berpesan "orang menganggur tidak punya masa depan, hanya jadi cemuhan orang"

Aku suka cara cerita cinta dalam movie ini diadun sopan, berhemah dan penuh nasihat bagaimana batas pergaulan yang dijaga, dari saat di Kaherah sampailah Di Solo waktu Azam mencari jodohnya. Malahan ada juga terselit nasihat pada mereka yang jodohnya berat supaya tidak berputus asa. Sepertimana Azzam dan Anna, Tuhan lambatkan jodoh kerana jodoh yang tepat dan sesuai menunggu, tapi tidak pula diertikan bahawa harus berputus asa. Azam dilayarkan sebagai pemuda yang tidak putus asa mencari jodoh yang sesuai, dan Anna walaupun rumahtangganya gagal, namun akhirnya bertemu jodoh yang sesuai untuknya akhirnya,yang penting harus bersabar,berusaha dan bertawakkal.

Suka gila saat Azzam datang bertemu Kiai Lutfi menyerah cincin untuk dicarikan jodoh untuk dia, wakti kiai Lutfi bagitau Azzam ciri2 gadis yang nak dicalonkan untuk Azzam(Kiai describekan Anna tanpa beritau azzam nama Anna), dan sewaktu akhirnya Kiai beritahu Azzam, calon yang dicadangkan tu "anna" muka azzam suka gile dengan Anna terus sujud syukur sebab mmg azzamlah lelaki calon suami yang diharap2kan selama ni.(i was like, YES!)

Banyaklah kalo nak kupas-kupas satu satu pasal filem ini, tapi mmg best lah. hayatilah setiap dialog,setiap scene,setiap watak. siapa tahu, hari esok anda bangun selaku seorang muslim yang berjati diri lebih sempurna :)

Ketika Cinta Bertasbih kini disaluran pelangi, 142, Astro.

Comments