PKP Lebaran 2021

Selamat hari raya aidilfitri 2021, bertemu kita dengan Raya PKP lagi. Raya PKP yang menyesakkan nafas, jiwa dan mental. 

Terkurung di rumah itu mungkin ramai sudah terbiasa kerana telah hampir dua tahun kita melalui pandemik Covid-19. Malangnya Raya PKP3.0 kali ni amat memberi tekanan perasaan kerana setiap hari ada sahaja berita selebriti sengaja melanggar SOP galak meraih pengikut dan perhatian orang ramai ke sosial media masing-masing untuk kekal ditangga atas sosial media popular(dengan cara yang tidak wajar dan kurang akal). Politikus pula semakin hilang kepintaran dan tiada fungsi. Darurat yang tiada  berkesudahan sehingga ke hari ni. 

Dengan Covid varian baharu yang menganas dan berbahaya di tambah kerenah #rakyatgagal yang alpa, sanggup berbuat apa sahaja untuk lari dari SOP, kuarantin kendiri, vaksin, hospital atau pusat pusat pemulihan keadaan semakin bertambah buruk. Terima kasih Malaysia - anda penyumbang kes baharu yang tertinggi (setakat ini) 6806 kes dengan 59 kematian. 

Aku menulis kembali hari ni sekadar berkongsi, wahai teman-teman untuk pengetahuanmu; Rayaku macam tak raya, dan aku tak kisah atau sedih sedikit pun kerana Semangat raya aku tiada tahun ini, Cuma aku bernasib baik ada teman senasib seperti aku. Sempat lah kami mencari juadah raya untuk santapan sendiri. Dengan seribu keinsafan aku bersyukur kerana tuhan masih memberikan aku nikmat kasih sayang keluarga di saat-saat sukar ini.

Tidak ada gambar gambar ceria di Sosial Media untuk ditayangkan. Tidaklah aku muat naik gambar-gambar berhari raya ketika negara memberontak, kecewa dan sedih kerana rata-ratanya ramai berjauhan dari keluarga. 

Soladariti aku untuk mereka yang berjauhan itu, para barisan hadapan(frontliner) dan penuntut ilmu yang memilih untuk terus berpuasa dan berhari raya di kampus atau rumah sewaan masing-masing. Dulu, aku mereka. Susah payah hidup sebagai pelajar itu masih kuat dalam sanubari aku. Mereka berkorban demi menyokong pemulihan negara, Apa sokongan aku untuk mereka? 

Akhir perenggan, mari kita panjatkan ribuan keinsafan, sedetik pengharapan demi keamanan di negara bergolak Palestin. Semoga mereka beroleh keamanan. Aku harap kita semua sihat-sihat selalu, kekal tabah dan bernas dalam membuat pilihan-pilihan yang tepat dan waras untuk keselamatan diri kita dan keluarga. 

Comments